
SUMBANGAN KE TABUNG ALUMNI PRIHATIN@FAKULTI ALAM BINA, UiTM
Fakulti Alam Bina (FAB), UiTM dengan penuh hormat mempelawa warga serta alumni FAB untuk bersama-sama menyokong Tabung Alumni Prihatin@Fakulti Alam Bina, UiTM yang diwujudkan bagi membantu mahasiswa FAB melalui inisiatif berikut:
📍Sokongan kewangan kepada mahasiswa FAB yang berdepan kekangan mendesak berkaitan keperluan asas pengajian.
📍Bantuan kecemasan kepada mahasiswa FAB yang ditimpa musibah atau menghadapi situasi luar jangka.
📍Penyediaan makanan dan keperluan asas kepada mahasiswa FAB yang memerlukan melalui Pit Stop@HEP (student lounge).
📍Pelepasan cukai: Sumbangan adalah layak mendapat pelepasan cukai di bawah Seksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967.
📍Cara menyumbang: Sumbangan boleh dibuat melalui imbasan kod QR pada poster hebahan atau melalui pautan:
https://uitmpay.uitm.edu.my/giving/products/AA/43/287
📍Pertanyaan: Sebarang maklumat lanjut boleh dirujuk kepada Bahagian Penyelidikan & Jaringan Industri (PJI) di talian 03-5544 4380.
🌹 Nilai sesuatu sumbangan tidak dinilai pada jumlahnya tetapi pada keikhlasan dan semangat menyantuni mahasiswa FAB yang memerlukan.
🌹 Ribuan terima kasih di atas sokongan dan keprihatinan anda. Semoga segala sumbangan menjadi amal jariah yang berpanjangan serta diberkati Allah SWT.