Pelajar tahun akhir Program Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah (Kepujian) dari UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam telah berjaya melaksanakan sesi Pembentangan dan Pameran Draf Akhir bagi Kajian Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bandar Temerloh, bertempat di Studio Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Alam Bina. Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang ini merupakan sebahagian daripada keperluan kursus TPR650 (Special Area Planning) serta simbolik kepada penutup pengajian sebelum melangkah ke dunia kerjaya.
Program ini diserikan dengan kehadiran dua orang panel industri dari AJM Planning & Urban Design Group (APUDG) iaitu TPr Azlin Monizar, Senior Planning Consultant dan Cik Siti Salehati Buyong, Section Head (Projects & Urban Lab). Kedua-dua panel telah memberikan maklum balas membina serta berkongsi pengalaman dan amalan sebenar dunia profesional, sebagai persiapan pelajar menghadapi cabaran kerjaya selepas tamat pengajian.
Selain itu, program ini turut dihadiri oleh barisan pensyarah Studio Semester 8 yang terdiri daripada En. Zulkifli Ahmad Zaki selaku penyelia, Profesor Dr Yusfida Ayu Abdullah@Mohd Zain yang juga Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Fakulti Alam Bina dan Gs. Dr Marina Mohd Nor
#RKKTemerloh #UiTMPuncakAlam #FakultiAlamBinaUiTM #PerancanganBandarUiTM #StudioPresentation2025 #APUDG #UrbanPlanningMalaysia