Fakulti Alam Bina (FAB), UiTM Shah Alam telah menerima dua lawatan penanda aras daripada Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaya (UM) bagi memperkukuh kerjasama akademik serta menambah baik kurikulum dan kaedah pengajaran dalam bidang ukur bangunan dan pengurusan fasiliti. Lawatan USM yang berlangsung pada 19 Jun 2025 diketuai oleh Dr Siti Hamidah Husain, Pengerusi Rancangan Ukur Bangunan, bersama empat pensyarah dari Program Sarjana Muda Ukur Bangunan (Kepujian).
Lawatan UM pula pada 15 Julai 2025, diketuai oleh Prof. Madya Sr Dr. Au Yong Cheong Peng, Ketua Jabatan Ukur Bangunan, Fakulti Alam Bina UM, bersama empat pensyarah kanan bukan sahaja memberi tumpuan kepada penanda aras program Sarjana Muda Ukur Bangunan (Kepujian), malah turut melibatkan perbincangan berkaitan program Sarjana Sains Pengurusan Fasiliti UiTM.
Inisiatif lawatan penanda aras ini mencerminkan pengiktirafan USM dan UM terhadap kepakaran dan amalan terbaik di FAB UiTM Shah Alam.
Globally Renowned, Locally Rooted
اوسها تقوى موليا
#UiTM #UiTMDiHatiku #weareAlamBina #weareFAB
#FakultiAlamBina #FABUiTM #FBEUiTM