• korporat_fab@uitm.edu.my

Apply | Give | International | Students | Staff | Alumni

    Fakulti Alam Bina (FAB)Fakulti Alam Bina (FAB)
    • Home
    • DISCOVER US
      • Dean's Messages
      • Profile
      • Top Management
      • Professors
      • Staff Directory
      • Unit & Others
      • Downloads
    • Academics
      • Programmes
      • Recognition
      • Academic Affairs (HEA)
        • HEA Organisation Chart
        • Academic Rules & Regulations (HEA)
        • Academic Calendar (HEA)
        • JWP Akhir 2025
        • Announcement (HEA)
          • HEA Latest Info
          • Mini Transcript (HEA)
          • UiTM Official Transcript
        • Download (HEA)
        • HEA Google Site
    • Student
      • Student Affairs (HEP)
        • HEP Organisation Chart
        • Tabung Amanah Pembangunan Akademik (TAPA)
          • Permohonan (TAPA)
          • Tuntutan (TAPA)
        • Aktiviti Pelajar (Luar Kampus & Luar Negara)
        • Kebenaran Memungut Derma/Wang Tajaan
        • Takwim (HEP)
        • Kebajikan Pelajar (HEP)
          • Fakulti/Kolej
          • HEP UiTM
        • Aktiviti HEP
          • 2024
          • 2023
          • 2022
        • Muat Turun (HEP)
    • Research
      • Community
      • People (Expertise)
      • Conferences
        • NUDA 2025
        • ICRMBEE 2025
        • IConBEE 2024
        • ICREX 2024
        • IPCHCSM 2024
        • UPS 2024
        • cE-Bs
      • Publications
      • Research Guidelines
    • Admission
      • International
        • IPSiS UiTM
        • Postgraduate (Handbook)
      • Local
        • iCEPS
        • KAB Selangkah (Brochure)
        • Bahagian Pengambilan Pelajar
    General

    Lawatan Akademik ke Melaka Bandaraya Bersejarah oleh Meradent Studio, pelajar Semester Satu Sarjana Muda Sains Senibina, Kolej Pengajian Alam Bina UiTM Puncak Alam

    Pada 1 Disember 2023 (Jumaat), pelajar-pelajar Semester 1 jurusan Senibina dari Kolej Pengajian Alam Bina dari Meradent Studio telah memulakan lawatan akademik ke Melaka, bandaraya bersejarah yang kaya dengan warisan budaya dan seni, sesuai dengan tema projek studio Semester 1 iaitu memartabatkan pelancongan Malaysia menerusi penelusuran kepelbagaian budaya. Berikut adalah liputan ringkas mengenai aktiviti yang berlangsung selama 4 hari sepanjang lawatan ini.

    Pada jam 7:00 pagi, pelajar berkumpul di perhentian bas berdekatan Kompleks Alam Bina UiTM Puncak Alam dan bertolak ke Melaka. Bas UiTM tiba di Bandar Hilir pada jam 10.00 pagi, destinasi pertama yang dilawati oleh pelajar adalah Galeri Seni Rakyat Melaka di mana aktiviti dokumentasi lakaran dan fotografi dimulakan. Kemudian, bas bergerak ke Masjid Al-Azim (Masjid Negeri Melaka) pada jam 12:30 tengah hari untuk solat Jumaat dan makan tengah hari. Aktiviti melakar pemandangan sekitar masjid juga dilakukan bagi membudayakan pengamatan dan penghayatan rekabentuk senibina Melaka yang tersendiri.

    Selesai mendaftar masuk ke tempat penginapan, bas membawa pelajar ke River Cruise Melaka pada jam 5:00 petang bagi aktiviti cruise lakaran & fotografi. Aktiviti ini memberi peluang kepada pelajar untuk mencipta karya seni berinspirasikan pelancongan air yang menampilkan pemandangan persisiran sungai Melaka yang dibarisi pelbagai rumah kedai warisan, aneka destinasi kulinari dan tepian bakau. Usai makan malam di sekitar bandar Melaka dan perbincangan bagi persiapan gerak kerja dalam pengurusan dokumentasi pada jam 8:00 malam, kesemua pelajar kembali ke tempat penginapan pada jam 10:30 malam.

    Hari Kedua

    Pada hari Sabtu, 2 Disember 2023, aktiviti bermula pada jam 9:00 pagi dengan sarapan di sekitar tempat penginapan. Pelajar kemudian mengikuti demonstrasi lakaran dan lukisan kolaborasi bersama Pakar Jemputan Encik Jomaithir di Kampung Morten pada jam 10:00 pagi. Lokasi yang dipilih adalah Villa Sentosa, Kampung Morten bersesuaian dengan tema meraikan destinasi pelancongan Melaka selain ciri-ciri Villa Sentosa yang kaya dengan elemen-elemen ukiran halus dan senibina Melaka yang klasik untuk diamati oleh para pelajar. Setelah makan tengahari di Cendol Kampung Hulu, Makan Avenue pada jam 1:00 petang, para pelajar singgah di Masjid Kampung Hulu bagi menunaikan solat Zohor dan sempat merakamkan senibina masjid dalam ketikan kamera dan lakaran.

    Pada jam 3:00 petang, aktiviti dokumentasi Fakad Rumah Kedai Warisan di Kampung Hulu diteruskan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk mengenal pasti elemen seni dan keunikan setiap struktur warisan. Dari dereten kedai sepanjang Kampung Hulu hingga ke Jonker Street, pelbagai rumah kedai warisan telah diteliti dan dipilih dari pelbagai dekad bertujuan merekodkan identiti seni yang beraneka ragam seiring dengan peredaran masa. Aktiviti hari kedua diakhiri dengan melawat Jonker Street pada jam 6:00 petang untuk aktiviti dokumentasi fotografi dan video, diikuti dengan pengumpulan hasil pada jam 8:00 malam mengikut kumpulan pelajar. Kesemua pelajar kembali ke penginapan pada jam 10:30 malam.

    Hari Ketiga

    Itinerari pada 3 Disember 2023 (Ahad) dimulakan pada jam 8:00 pagi dengan sarapan pagi sebelum mengikuti aktiviti heritage trail sketch sekitar monumen A Famosa pada jam 9:00 pagi dan bukit St. Paul. Sesi pembentangan hasil lakaran dan lukisan diadakan pada jam 11:00 pagi untuk berkongsi pengalaman dan hasil dapatan setiap pelajar sebelum bergerak ke Muzium Istana Kesultanan Melaka. Di sini, pelajar meluangkan masa bagi mempelajari sejarah dan merasai pengalaman berada di dalam ruangan istana pada zaman kesultanan Melayu Melaka.

    Selepas makan tengahari di sekitar Masjid Kampung Kling pada jam 1:00 petang dan solat Zohor, pelajar melawat Melaka Street Art untuk aktiviti art trail sketch pada jam 3:00 petang. Agenda hari ketiga diakhiri dengan makan malam di sekitar Jonker Street pada jam 6:30 petang, diikuti dengan pembentangan hasil aktiviti art trail dan heritage trail sketch pada jam 8:00 malam. Kesemua pelajar kembali ke penginapan pada jam 10:30 malam.

    Hari Keempat

    Pada 4 Disember 2023 (Isnin), hari terakhir lawatan ini dimulakan dengan daftar keluar dari penginapan pada jam 8:00 pagi, diikuti dengan sarapan pagi di Restoran Tasik Limbongan. Pelajar melawat dan mengikuti aktiviti kuliah luar kampus di Muzium Senibina pada jam 10:00 pagi, diikuti dengan makan tengahari di Ee Ji Ban Rice Ball pada jam 1:00 petang bagi merasai pengalaman kulinari unik di Melaka iaitu nasi ayam bebola.

    Pada jam 2:00 petang, pelajar melawat sekitar Dataran Pahlawan sebelum melanjutkan ke Masjid Selat Melaka untuk aktiviti lakaran sekitar masjid pada jam 4:00 petang. Pada jam 5:30 petang, bas bergerak pulang ke UiTM Puncak Alam. Lawatan ini diakhiri dengan solat Maghrib di perhentian rehat dan rawat Seremban pada jam 7:00 malam, dan tiba di Kolej Pengajian Alam Bina, UiTM Puncak Alam pada jam 7:30 malam.

    Diharapkan pengalaman ini memberikan inspirasi dan pengetahuan yang mendalam kepada pelajar-pelajar dalam bidang seni bina, di samping mencapai tema projek studio pada semester ini iaitu memartabatkan pelancongan Malaysia menerusi perjalanan kepelbagaian budaya. Jutaan terima kasih diucapkan semua pihak yang telah menyokong usaha penganjuran lawatan akademik ini dan syabas kepada kumpulan pelajar semester satu, Meradent Studio yang berusaha keras dalam menjayakan lawatan akademik ini.

    UiTM Quick Links

    UiTM Official Website
    Academic Calendar
    Library
    News
    E-Aduan ICT
    BSU-Booking System

    FAB Quick Links

    Student Affairs (HEP)
    Academic Affairs (HEA)
    Quality Management Unit

     

    Media & Downloads

    News & e-Newsletter
    Downloads

    Studies

    Architecture
    Construction
    Surveying Science & Geomatics
    Town & Regional Planning
    Quantity Surveying
    Estate Management
    Interior Architecture
    Landscape Architecture
    Building Surveying
    Park & Amenity Management
    Postgraduate Studies

    Contact Us
     
    Fakulti Alam Bina (FAB)
    Faculty of Built Environment (FBE)
    Kompleks Tahir Majid
    Universiti Teknologi MARA 
    40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
    MALAYSIA
     
    Admin. Office : +603-5544 4417 / 4256 / 4385
    Fax : +603-5544 4353
     
         

    ©Copyright FAB 2025.

    Disclaimer & Copyright | Privacy Statement | Dasar Keselamatan ICT

    • Home
    • DISCOVER US
      • Dean's Messages
      • Profile
      • Top Management
      • Professors
      • Staff Directory
      • Unit & Others
      • Downloads
    • Academics
      • Programmes
      • Recognition
      • Academic Affairs (HEA)
        • HEA Organisation Chart
        • Academic Rules & Regulations (HEA)
        • Academic Calendar (HEA)
        • JWP Akhir 2025
        • Announcement (HEA)
          • HEA Latest Info
          • Mini Transcript (HEA)
          • UiTM Official Transcript
        • Download (HEA)
        • HEA Google Site
    • Student
      • Student Affairs (HEP)
        • HEP Organisation Chart
        • Tabung Amanah Pembangunan Akademik (TAPA)
          • Permohonan (TAPA)
          • Tuntutan (TAPA)
        • Aktiviti Pelajar (Luar Kampus & Luar Negara)
        • Kebenaran Memungut Derma/Wang Tajaan
        • Takwim (HEP)
        • Kebajikan Pelajar (HEP)
          • Fakulti/Kolej
          • HEP UiTM
        • Aktiviti HEP
          • 2024
          • 2023
          • 2022
        • Muat Turun (HEP)
    • Research
      • Community
      • People (Expertise)
      • Conferences
        • NUDA 2025
        • ICRMBEE 2025
        • IConBEE 2024
        • ICREX 2024
        • IPCHCSM 2024
        • UPS 2024
        • cE-Bs
      • Publications
      • Research Guidelines
    • Admission
      • International
        • IPSiS UiTM
        • Postgraduate (Handbook)
      • Local
        • iCEPS
        • KAB Selangkah (Brochure)
        • Bahagian Pengambilan Pelajar